Khamis, 25 Jun 2009

luahan hati seorang wanita yang kerinduan

kenapa harus aku merindu pada insan itu.....
apa istimewa dia pada diriku...
kenapa mesti merindu pada orang yang dah tidak sudi pada diri ku....
kini dia mungkin bahagia dengan insan yang dia paling sayang....
dalam dirinya mungkin sudah tidak ada cebisan rindu pada diriku...
keegoan dirinya tidak akan mengubah hubungan kami kembali...
kenapa harus berpisah dengan menggunakan orang ketiga....

cinta dan kehidupan diri seseorang yang bergelar manusia

Setiap manusia mesti mempunyai perasaan cinta. Perasaan itu juga adalah sebati dalam diri sejak dilahirkan lagi. Cinta mempunyai banyak maksud.... cinta kepada ALLAH adalah yang kekal abadi tetapi cinta kepada manusia tidak semestinya kekal abadi. kekadang orang yang kita paling percaya dan sayangi akan melukakan hati kita. mugkin dirinya sudah bosan dengan diri kita atau pun sudah mempunyai teman hidup yang lain. namun semua ketentuan ILLAHI kita harus tempuhi dengan hati yang tenang... tidak semua manusia di dunia ini jahat... mungkin kita belum menemui cinta sejati yang abadi.... jangan ditangasi hari semalam kerana hari esok masih ada...

Selasa, 7 April 2009


Keluarga yang aku sayang....

Aku adalah anak sulung dalam keluarga ku...kini aku masih lagi belajar dan tidak mampu lagi aku untuk membalas jasa ibu bapa ku yang telah menjaga ku selama 23 tahun aku hidup ke dunia ini...kini aku bertekad setelah menamatkan pelajaran ku yang sudah tidak lama lagi untuk aku membalas jasa ibubapa ku yang selama ini bertungkus lumus membesarkan diriku. aku mempunyai 5 orang lagi adik beradik. 3 sudah bekerja dan 2 lagi masih dibangku sekolah. aku senang dengan adik-adik ku walaupun kami sering juga berselisih faham tapi bak kata pepatah "air dicincang tidak akan putus". kini aku hidup berjauhan dengan keluarga ku, jauh di pantai timur manakala diriku jauh di utara. aku sentiasa rindukan riuh rendah keluarga ku dengan gelak ketawa. along sayang semua...

wanita solehah


Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodoh mu kerana muslimim yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikkan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.

Isnin, 6 April 2009

salam sejahtera kepada pengunjung

salam kepada semua pengunjung yang mengunjung ke blog saya....
sy dalam permulaan untuk membuat blog ini....